Pages

Fenomena Oppa Gangnam Style

Fenomena Gangnam Stlye datangnya dari lagu korea berjudul Oppa Gangnam Stlye nyanyian Park Jeasang, 34, atau lebih dikenali dengan nama singkatan Psy (Psycho). Nama Gangnam diambil bersempena dengan salah satu wilayah yang terdapat di Seoul dan kawasan ini dikatakan kawasan high class (tempat orang kaya-raya duduk).

Video Oppa Gangnam Stlye mendapat hampir 100 juta penonton di laman You Tube sejak dilancarkan pertengahan Juli lalu, malah The Wall Street Journal dan artis rap dari Amerika iaitu T-Pain turut memberi pendapat sama yang mana lagu dan video klip berkenaan amat menarik.

Dengan karekter yang bersahaja, Psy bukanlah artis baru yang sedang meningkat naik kerana dia sudah pun memiliki 6 album sebelum ini dan lagu Gangnam Style adalah trak pertama yang terdapat dalam album terbarunya.

Menurut pemerhati budaya Korea, apa yang disampaikan Psy tidak hanya berbentuk hiburan semata-mata kerana terdapat beberapa unsur kemasyarakatan yang ada di dalam video klip itu dan perkara itulah yang membuatkan lagu Gangnam berbeza dengan lagu Korea lain.

Lebih menarik apabila muzik videonya dilihat sangat kreatif dengan menampilkan tarian istimewa seperti menunggang kuda berserta ‘flash mob’ bersama penyanyi dari 4minute, Hyuna.


Turut tampil didalam video clip PSY ialah Pelawak/Penghibur/MC No1 Korea atau lebih famous di seluruh dunia melalui rancangan Running Man iaitu Yoo Jae Suk. Yoo Jae Suk yang lebih dikenali sebagai “Grasshopper” itu juga telah menampilkan tarian Grasshoppernya tersendiri di dalam Music Video PSY ini.
Lagu berkenaan bukan saja mendapat perhatian dari masyarakat Asia, malah negara seperti United States, England dan Perancis turut memperkatakan tentangnya. Fenomena lagu ini juga telah merebak ke seluruh dunia.

Silahkan lihat video dan lirik nya di SINI
  
sumber : LEYPARK.COM


Tidak ada komentar:

Posting Komentar